Wednesday, September 19, 2018

KESUKAAN KELULUT - BUNGA AIR MATA PENGANTIN


 Petikan Sumber:
https://mforum.cari.com.my/


Pokok Bunga Air Mata Pengantin atau dikenali juga dengan nama Pokok Pengantin yang nama saintifiknya Antigonon leptopus, merupakan pokok menjalaryang berasal dari Mexico. Dikenali juga dengan nama Inggerisnya sebagai Mexican Creeper, Coral Vine, Chain of Love, Queen’s Jewels, Kadena de Amor, Bee Bush(nama dikebanyakan kepulauan Caribbean) atau San Miguelito Vine dan banyak laginama lain adalah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Polygonaceae.

Selain Mexico, taburan pokok air mata pengantin boleh didapati di SelatanAmerika Syarikat, Amerika Tengah dan Amerika Utara. Ia juga terdapat di Afrika,Kepulauan Pasifik termasuk American Samoa, Kepulauan Cook, Micronesia, Fiji, Polynesia Perancis, Kepulauan Galapagos, Guam , Hawaii, Papua New Guinea,Samoa, Tonga, Filipina, India, Australia dan England.

Dikategorikan sebagai tumbuhan saka berbunga merah jambu atau putih ('alba'Antigonon leptopus), pokok air mata pengantin telah diperkenalkan ke Indonesiaoleh orang Belanda di zaman kolonial dan seterusnya dikatakan yang menamakannya dengan nama Air Mata Pengantin.

Pokok bunga air mata pengantin menjalar dan memanjat/memegang melalui sulurpaut dan boleh mencapai melebihi 25 meter panjang. Tumbuhan ini dikategori sebagai tanaman berbatang berusuk yang panjangnya diantara 3 – 6 cm diantarasetiap satu rusuk, berbuku halus serta mengembung pada ruasnya. Terdapat sulurpaut atau pembelit di setiap batang yang berfungsi untuk melilitkan dirinya pada tumbuhan lain atau pada pagar dan trilis.

Bagi penternak kelulut atau lebah madu, pokok air mata pengantin merupakan padang ragut atau punca penghasilan madu yang berkhasiat kepada ternakan mereka. Tetapi bagi sesetengah pengusaha pertanian, pokok air mata pengantin dianggap sebagai rumpai yang perlu di hapuskan, manakala pencinta landskap, tumbuhan ini dianggap tanaman penghias taman terutama pada pergola atau gazebo yang sangat indah.
Namun tahukah anda bahawa disebalik kebaikan dan keburukan pokok air mata pengantin, tumbuhan ini tidak kurang juga berkhasiat dari segi perubatan.  Teh yang dihasilkan dari daun air mata pengantin mampu merawat kencing manis dan tekanan darah tinggi. di sesetengah negara, daun dan bunganya dicelup dalam tepung, goreng dan dihidangkan dengan pasta. Bunganya juga dicampurkan ke dalam telur dadar (omelette).

Bagi penduduk kaum orang asli Baja di California, biji dari pokok air mata pengantin dibakar yang terhasil seperti bertih (popcorn) yang kemudian dikisar menjadi tepung dan diolah untuk dijadikan lempeng (pancake) sebagai santapan sampingan.

Walau apa pun kegunaannya, pokok bunga air mata pengantin hari ini menjadi sebutan dan buruan ramai. Ianya tidak lagi mengalirkan air mata sedih seorang pengantin tetapi air mata gembira buat si penternak kelulut dan lebah madu.

No comments:

Post a Comment

SUMBER MAKANAN LEBAH KELULUT

SUMBER MAKANAN LEBAH KELULUT: Pokok Kegemaran Kelulut - Akasia atau Gelam Petikan Sumber: http://www.kelablebahkelulut.com Kita sedi...