SUMBER MAKANAN LEBAH KELULUT:
Pokok Kegemaran Kelulut - Akasia atau Gelam
Petikan Sumber:
http://www.kelablebahkelulut.com
Kita sedia maklum bahawa penternakan lebah Apis banyak diusahakan di
kawasan tanaman akasia. Selain daripada itu, penternakan lebah kelulut
juga dilaporkan sangat sesuai dikawasan pokok akasia. Ini memandangkan
pokok Acacia didapati berbunga sepanjang tahun.
Tapi andakah anda tahu spesis akasia yang sesuai untuk penternakan lebah
kelulut? Bagi penternak baru, akasia juga kadangkala tertukar dengan
pokok gelam. Pada posting ini saya cuba menjelaskan perbezaan antara
jenis Acacia yang biasa terdapat di Malaysia dan pokok gelam dan
hubungannya dengan lebah kelulut.
Akasia puteh (Acacia mangium)

Sejenis pokok kekal yang boleh tumbuh sehingga puluhan kaki tinggi dan
banyak terdapat dikawasan berpasir seperti ditepi-tepi pantai. Daun
berbentuk lonjong dengan urat daun jelas terbentuk dari tangkai daun.
Bunga berjambak dan berwarna puteh. Bunga
A. mangium jenis ini
sangat disukai oleh lebah Apis. Sehubungan dengan itu banyak penternak
mengusahakan ladang mereka dikawasan hutan Akasia. Selain daripada
lebah Apis, lebah kelulut juga suka menghinggapi bunga akasia spesis
ini.

Selain daripada bunga, lebah juga didapati mengambil nektar dari pucuk
daun. Pemerhatian yang dibuat menunjukkan kelulut memberi tumpuan kepada
daun ketiga daripada pucuk. Kehadiran nektar pada pangkal daun jelas
kelihatan pada musim kering jika pemerhatian dibuat antara jam 7.00
hingga 9.00 pagi. Selain daripada lebah, kita biasa kelihatan nektar
yang terhasil akan dikerumi oleh semut.
Akasia kuning (Acacia auriculiformis)

Sifat yang jelas yang membezakan
A. auriculiformis dan
A. mangium ialah warna bunga.
A. auriculiformis mempunyai bunga yang berwarna kuning. Daun juga amat berbeza. Daun
A. auriculiformis adalah
lebih lonjong dan berbentuk semacam sabit. Pemerhatian yang
menunjukkan lebah Apis dan juga lebah kelulut tidak menyukai bunga
spesis ini. Dilaporkan bunga spesis Acacia ini beracun. Ini mungkin
mengapa kelulut atau lebah Apis tidak menyukainya.
Gelam puteh (Melaleuca cajuputi)

Pokok gelam banyak terdapat dikawasan lembab seperti kawasan tepi sungai
dan alur-alur ditepi laut. Keunikan utama pokok gelam ialah kulitnya
batang yang berlapis-lapis dan nipis seperti kertas. Bunganya berwarna
puteh. Bentuk daun adalah lebih kurang sama dengan
A. mangium. Kayu pokok gelam ialah kayu jenis keras. Sehubungan dengan itu, pertumbuhan adalah sangat lambat berbanding dengan
A. mangium atau
A. auriculiformis
Bunga pokok gelam sangat disukai oleh lebah kelulut atau lepas Apis seperti
A. dorsata, A. cerana ataupun
A. millifera. Bunganya
yang tumbuh berjambak, berwarna puteh krim mempunyai banyak nektar dan
debunga. Sehubungan dengan itu, aktiviti penternakan lebah Apis banyak
diusahakan dikawasan hutan gelam.
Pemerhatian yang dibuat menunjukkan tanaman ini sangat disukai oleh
kelulut dan juga lebah Apis kerana nektar dan debunga yang banyak dan
berbunga sepanjang tahun. Pencari koloni banyak menemui koloni lebah
kelulut (terutama sekali G. thoracica) dikawasan hutan gelam spesis ini.
Gelam merah (Melaleuca viridflora)

Satu lagi spesis yang gelam yang amat disukai oleh lebah kelulut dan lebah ialah Apis
M. viridflora. Sifat pertumbuhan dan bentuk dan saiz daun adalah sama dengan gelam bunga puteh (
M. cajuputi). Yang jelas membezakan antara dua ialah bunganya. Bunga
M. viridflora berwarna merah terang.
Pokok ini bukan berasal di Malaysia dan diimport untuk dijadikan tanaman
hiasan kerana bunga dan sifat pertumbuhan yang cantik. Pokok ini
sangat tahan lasak dan sesuai untuk ditanam dipelbagai kawasan termasuk
kawasan berpasir seperti tanah bris.
Kesimpulannya, terdapat 2 spesis akasia dan 2 spesis gelam. Akasia putih sesuai untuk penternakan lebah kelulut manakala akasia kuning
tidak sesuai. Untuk pokok gelam pula, kedua-dua spesis iaitu putih dan merah boleh ditanam untuk meliponikultur.
Terbaik puan...
ReplyDelete