Wednesday, September 19, 2018

SUMBER MAKANAN LEBAH KELULUT


SUMBER MAKANAN LEBAH KELULUT:
Pokok Kegemaran Kelulut - Akasia atau Gelam


Petikan Sumber:
http://www.kelablebahkelulut.com


Kita sedia maklum bahawa penternakan lebah Apis banyak diusahakan di kawasan tanaman akasia.   Selain daripada itu, penternakan lebah kelulut juga dilaporkan sangat sesuai dikawasan pokok akasia.  Ini memandangkan pokok Acacia didapati berbunga sepanjang tahun.

Tapi andakah anda tahu spesis akasia yang sesuai untuk penternakan lebah kelulut?  Bagi penternak baru, akasia juga kadangkala tertukar dengan pokok gelam.  Pada posting ini saya cuba menjelaskan perbezaan antara jenis Acacia yang biasa terdapat di Malaysia dan pokok gelam dan hubungannya dengan lebah kelulut.

Akasia puteh (Acacia mangium)

Sejenis pokok kekal yang boleh tumbuh sehingga puluhan kaki tinggi dan banyak terdapat dikawasan berpasir seperti ditepi-tepi pantai.  Daun berbentuk lonjong dengan urat daun jelas terbentuk dari tangkai daun.  Bunga berjambak dan berwarna puteh.  Bunga A. mangium jenis ini sangat disukai oleh lebah Apis. Sehubungan dengan itu banyak penternak mengusahakan ladang mereka dikawasan hutan Akasia.  Selain daripada lebah Apis, lebah kelulut juga suka menghinggapi bunga akasia spesis ini.

Selain daripada bunga, lebah juga didapati mengambil nektar dari pucuk daun. Pemerhatian yang dibuat menunjukkan kelulut memberi tumpuan kepada daun ketiga daripada pucuk.  Kehadiran nektar pada pangkal daun jelas kelihatan pada musim kering jika pemerhatian dibuat antara jam 7.00 hingga 9.00 pagi.  Selain daripada lebah, kita biasa kelihatan nektar yang terhasil akan dikerumi oleh semut.


Akasia kuning (Acacia auriculiformis)

Sifat yang jelas yang membezakan A. auriculiformis dan A. mangium ialah warna bunga.  A. auriculiformis mempunyai bunga yang berwarna kuning.  Daun juga amat berbeza.  Daun A. auriculiformis adalah lebih lonjong dan berbentuk semacam sabit.  Pemerhatian yang menunjukkan lebah Apis dan juga lebah kelulut tidak menyukai bunga spesis ini.  Dilaporkan bunga spesis Acacia ini beracun.  Ini mungkin mengapa kelulut atau lebah Apis tidak menyukainya.

Gelam puteh (Melaleuca cajuputi)

Pokok gelam banyak terdapat dikawasan lembab seperti kawasan tepi sungai dan alur-alur ditepi laut.  Keunikan utama pokok gelam ialah kulitnya batang yang berlapis-lapis dan nipis seperti kertas.  Bunganya berwarna puteh.  Bentuk daun adalah lebih kurang sama dengan A. mangium.   Kayu pokok gelam ialah kayu jenis keras.  Sehubungan dengan itu, pertumbuhan adalah sangat lambat berbanding dengan A. mangium atau A. auriculiformis


Bunga pokok gelam sangat disukai oleh lebah kelulut atau lepas Apis seperti A. dorsata, A. cerana ataupun A. millifera. Bunganya yang tumbuh berjambak, berwarna puteh krim mempunyai banyak nektar dan debunga.  Sehubungan dengan itu, aktiviti penternakan lebah Apis banyak diusahakan dikawasan hutan gelam.

Pemerhatian yang dibuat menunjukkan tanaman ini sangat disukai oleh kelulut dan juga lebah Apis kerana nektar dan debunga yang banyak dan berbunga sepanjang tahun. Pencari koloni banyak menemui koloni lebah kelulut (terutama sekali G. thoracica) dikawasan hutan gelam spesis ini.

Gelam merah (Melaleuca viridflora)

Satu lagi spesis yang gelam yang amat disukai oleh lebah kelulut dan lebah ialah Apis M. viridflora.  Sifat pertumbuhan dan bentuk dan saiz daun adalah sama dengan gelam bunga puteh (M. cajuputi).   Yang jelas membezakan antara dua ialah bunganya.  Bunga M. viridflora berwarna merah terang.  












Pokok ini bukan berasal di Malaysia dan diimport untuk dijadikan tanaman hiasan kerana bunga dan sifat pertumbuhan yang cantik.  Pokok ini sangat tahan lasak dan sesuai untuk ditanam dipelbagai kawasan termasuk kawasan berpasir seperti tanah bris.


Kesimpulannya, terdapat 2 spesis akasia dan 2 spesis gelam. Akasia putih sesuai untuk penternakan lebah kelulut manakala akasia kuning tidak sesuai. Untuk pokok gelam pula, kedua-dua spesis iaitu putih dan merah boleh ditanam untuk meliponikultur.

MUSUH KELULUT


MUSUH KELULUT:
Cara membunuh Cicak Yang Memakan Lebah kelulut

Petikan Sumber:
http://www.kelablebahkelulut.com

Cicak ialah sejenis reptilia yang mampu memanjat pada permukaan yang licin seperti cermin, dinding dan siling rumah. Keupayaan ini adalah disebabkan tapak kakinya mempunyai rerambut halus yang mana berupaya mengzahirkan daya lekatan yang sangat baik. Cicak aktif diwaktu malam dan menangkap mangsa serangga yang tertarik kepada cahaya lampu.  Pada siang kelulut selalunya berlindung ditempat gelap atau terlindung daripada cahaya matahari.


Kerosakkan

Kesan kerosakkan tidaklah sebegitu serius kerana ianya menyerang secara individu (tidak serangan secara berkumpulan seperti semut).  Disamping itu serangan itu adalah kurang membahayakan kerana serangannya pada kelulut dewasa dan bukan pada koloni atau kokun telur.  Pada kebiasaannya cicak akan berleagar dikawasan corong untuk menangkap kelulut yang hinggap semasa hendak keluar atau masuk corong atau lebah penjantan yang hinggap di kawasan haif.

Kawasan perlindungan pada kebiasaanya ialah dibawah penutup topping atau haif koloni.  Cicak juga menunggu di lampu yang dispasang pada waktu malam.  Walaupun kelulut tidak keluar sarang pada waktu malam (bukan seperti kebanyakkan serangga lain), tapi ia keluar pada awal pagi dan mengerumi lampu jika ianya tidak ditutup pada masa itu.  Walaupun ianya boleh diklasifikasi sebagai perosak yang tidak merbahaya, ianya boleh memberi kesan terhadap kelastarian jika perosak cicak ini tidak dikawal.
Corong penghalang cicak (Sumber gambar :  http://bit.ly/CorongCicak)

Cara kawalan

Berapa kaedah boleh dilakukan bagi bagi mengurangkan pemangsa cicak.  Sebahagian daripada kaedah ini telah diamal dengan berkesan oleh penternak.   Antara kaedah yang disyorkan adalah seperti berikut:


1. Penghalang Cicak

Buat pengalang supaya cicak tidak mudah mendekati corong koloni.  Penternak boleh menggunakan tempurung kelapa atau cawan plastik seperti didalam gambar.  Teknik ini banyak diamalkan oleh penternak di Amerika Latin.

2.  Guna gam perangkap lalat

Apa yang perlu dibuat ialah letak beberapa biji nasi (atau umpan lain yang bersesuaian) dibahagian tengah kepingan gam tersebut. Letakkan kepingan gam diatas topping atau haif koloni.   Cicak akan melekat pada kepingan gam tadi apabila cuba mendekati umpan yang diletakkan.  Cicak sangat mudah melekat pada kepingan gam ini kerana tapak kakinya mempunyai bulu yang halus dan lembut.   Cicak yang telah terkena perangkap hendaklah dihapus segera untuk menjimatkan pelekat tersebut.  Gam ini tidak menjadi masalah kepada kelulut walaupun dihinggapinya.


3.  Racun Cicak

Menggunakan racun cicak (cair dan pekat) yang mudah diperoleh di pasar-pasar malam atau pasar minggu.   Lumurkan cecair racun cicak di atas plastik keras dan letak diatas topping / haif (dibawah bumbung jika ada dibuat).

4. Menutup lampu di awal pagi

Cicak akan keluar sarang untuk mencari makanan seawal waktu subuh walau pun pada malam hari semua akan berada dalam sarang.  Dengan itu, penternak pastikan semua lampu di kawasan ternakan di tutup pada awal pagi agar kelulut tidak mengerumi cahaya lampu tersebut.  Cicak akan sentiasa menunggu dikawasan cahaya lampu tersebut.

Selain daripada cara tersebut, penternak boleh juga membunuh cicak secara fizikal (dengan menggunakan penebah lalat) secara berterusan sehingga cicak akan merasai tidak lagi selamat berada di kawasan topping atau haif.

MUSUH KELULUT - 

Lalat Soldadu Hitam (Black Soldier Fly) - Perosak Sangat Berbahaya

Petikan Sumber:
http://www.kelablebahkelulut.com


Lalat soldadu hitam ialah sejenis lalat yang sangat biasa dari keluarga Stratiomyidae dimana larva hidup dengan menghuraikan kompos.  Sehubungan dengan itu, larva banyak digunakan dalam pengurusan baja organik.  Larva dan pupae yang terhasil dari penguraian baja organik ini digunakan sebagai makanan ikan hiasan atau makanan ternakan lain.  Telor akan mengambil masa hanya 4 hari untuk menetas dan biasanya terdapat pada celah kayu atau berhampiran dengan bahan yang sedang mereput.








Kerosakkan

Kerosakkan biasa berlaku apabila larva yang menetas mengambil madu, roti lebah dan keseluruhan broodcell dalam proses pembesarannya.  Keseluruhan koloni akan terhapus dalam beberapa hari sahaja selepas dijangkiti oleh larva ini.  Tiada kerosakkan akan berlaku pada struktur propolis kerana kandungan lilin yang tinggi.

 

Kaedah Kawalan

Kawalan terbaik ialah dengan menghalang pembiakan lalat ini dikawasan ternakan kelulut.  Lalat ini banyak membiak dilonggokan kompos, kawasan ternakan ayam atau haiwan lain.  Amalan kebersihan hendaklah dijaga sebaik mungkin semasa pemindahan koloni ke dalam kotak.  Pastikan kotak haif & topping tidak terdedah begitu lama untuk mengelakkan lalat ini bertelur didalam koloni.  Sebaiknya madu dan roti lebah daripada log tidak dipindahkan ke dalam haif atau topping kerana dikhuatiri sumber pollen boleh tercemar dengan telor serangga ini.
BERITA KELULUT:

70 peratus penternak kelulut mangsa serangan perosak



Petikan Sumber:
https://www.bharian.com.my

ULAT spesis larva black slodier fly, kumbang sab yang berada di dalam sarang kelulut dikhuatiri boleh menjejaskan kualiti madu dan melumpuhkan industri kelulut Malaysia. - Foto Aslina Abu Bakar
KUALA TERENGGANU: Serangan makhluk perosak, Black Soldier Fly (BSF) dan kumbang, menjejaskan pengeluaran lebih 70 peratus daripada 411 pengusaha kelulut, yang menjadi ahli Kelab Kelulut Malaysia, sejak dua bulan lalu.

Pengasas kelab yang juga pengendali blog Kelab Lebah Kelulut, Musa Yaacob, berkata serangan makhluk perosak terbabit menyebabkan setiap pengusaha yang menjadi mangsa mengalami kerosakan antara 10 hingga 50 peratus.
   
"Serangan lalat hitam itu mula dikesan sejak Jun lalu sehingga mengakibatkan banyak kerugian kerana menjejaskan perolehan madu kelulut yang mampu dijual pada harga antara RM250 hingga RM300 bagi satu kilogram," katanya.

Beliau yang juga bekas Pegawai Penyelidik dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), berkata pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, universiti dan MARDI dengan kerjasama penternak kini mencari punca dan cara mengatasi masalah itu agar tidak berlarutan.

Seorang pengusaha madu kelulut dari Kampung Gong Beris, Pulau Kerengga, Marang, kerugian kira-kira RM10,000 selepas 15 sarang kelulutnya diserang makhluk perosak itu.

Mazlan Yusof, 41, berkata kejadian itu adalah pertama kali dialami sepanjang tiga tahun mengusahakan ternakan madu kelulut.
"Kejadian ini berlaku kira-kira dua bulan lalu, apabila saya dapati 15 daripada 70 sarang kelulut yang dimiliki, didiami larva serangga perosak.
   
"Bagi mengelakkan ia merebak kepada sarang lain, saya terpaksa membakar semua sarang yang terkena serangan," katanya yang ditemui di ladang ternakannya.
Mazlan berkata, setiap sarang yang dibakar mengakibatkan kerugian sebanyak RM700.
   
Katanya, sebelum serangan berlaku, beliau mampu memperoleh sehingga 29 kilogram madu kelulut setiap bulan tetapi kini merosot kepada kurang 20 kilogram.
Sementara itu, penternak kelulut diminta memastikan persekitaran teduh dan bersih serta membakar sarang yang rosak, adalah pendekatan segera boleh diambil penternak kelulut, bagi menangani serangan makhluk perosak, Black Soldier Fly (BSF) dan kumbang, yang dialami mereka sejak dua bulan lalu.

Penyelidik kelulut dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Zulkifli Mustafa, berkata suhu persekitaran 'log hive' yang panas menyebabkan kelulut yang berada di dalam sarang tertekan dan bertindak meninggalkan tempat itu.
"Kebersihan persekitaran penting bagi mengelak BSF dan kumbang membiak. Malah, log hive atau sarang batang kayu reput juga perlu ditukar kerana kebanyakannya akan berlubang, yang memudahkan lalat serta kumbang masuk membiak," katanya kepada BH.

Dr Mohd Zulkifli berkata, pengusaha perlu memastikan sumber getah atau lilin yang dikenali sebagai 'resin' mencukupi untuk membantu koloni kelulut memulihkan sarang yang rosak.
"Kawasan persekitaran ladang perlu ada sumber resin yang boleh didapati daripada tumbuhan mengeluarkan getah seperti pokok mangga dan manggis. Ia penting kerana pada musim panas, lilin pada sarang kelulut akan cair.
"Jika sumber resin tidak mencukupi, lubang sarang akan rosak dan mudah dimasuki makhluk perosak. Selain itu, corong pada sarang kelulut juga tidak boleh terdedah kepada air bagi mengelak lilin menjadi lembap dan mudah diceroboh," katanya.

Beliau yang juga pensyarah Jabatan Neurosains di Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, berkata bahagian sisi kotak sarang kelulut juga perlu sentiasa dalam keadaan bersih.
Katanya, propolis yang ditinggalkan kelulut pada sekeliling kotak juga boleh menjadi tempat makhluk perosak bertelur dan menghasilkan larva di kawasan itu, seterusnya masuk ke dalam sarang, sekali gus merosakkan madu. 

"Madu yang diserang larva akan dijangkiti kuman serta menjadi masam dan tidak selamat untuk dimakan," katanya.
Mengulas cara menghapuskan serangan yang sudah berlaku pada sarang kelulut, Dr Mohd Zulkifli berkata, pengusaha boleh mengambil tindakan membakar sarang.

"Biasanya, selepas diserang larva, kelulut akan meninggalkan sarang berkenaan. Oleh itu, sarang perlu dibakar bagi menghapuskan makhluk perosak, selain mengelakkan ia merebak ke sarang lain.
   
"Malah penggunaan jaring halus juga perlu dipasang pada sarang yang belum diceroboh," katanya.
Mohd Zulkifli berkata, antara langkah biasa boleh diambil pengusaha adalah menyediakan bahan sisa buangan atau baja untuk memerangkap serangga perosak itu.
SARANG kelulut diancam kerosakan akibat serangan ulat dipercayai daripada lalat dan kumbang. - Foto Aslina Abu Bakar
"Penyediaan ini sebenar tidak begitu berkesan kerana larva ataupun ulat tidak akan mati. Sebaliknya, jika sisa buangan disediakan dengan cara efektif seperti memasukkan mikro organisma yang boleh membunuh larva itu ia mungkin akan memberi kesan yang baik.
   
"Dua minggu lalu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sudah membuat perbincangan rasmi untuk mencari penyelesaian isu ini terutama untuk membantu pengusaha dan penternak madu kelulut," katanya.

Mohd Zulkifli menasihatkan pengusaha dan penternak kelulut supaya tidak berputus asa kerana wabak berkenaan dijangka tidak berpanjangan jika langkah penjagaan yang baik diambil.
Katanya, madu kelulut mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana mempunyai khasiat dan biasa digunakan sebagai makanan tambahan atau dijadikan bahan asas dalam kosmetik.

SUMBER MAKANAN LEBAH KELULUT 

Petikan Sumber:
http://www.karangkraf.com/


Image result for bunga kesukaan kelulut
Menyedari hakikat ini antara perkara yang harus diambil kira sebelum membuat pilihan tanaman sebagai sumber makanan kelulut adalah seperti berikut:

1. Keluasan ruang yang ada untuk tujuan penanaman dengan tanaman yang dipilih.  Jika kita mempunyai kawasan yang luas, yang terbaik kita pilih tanaman kekal yang mempunyai kanopi yang lebar.  Bagi kawasan ternakan yang terhad seperti ditaman, pokok yang mempunyai kanopi yang kecil (dan boleh ditanam didalam pasu) hendaklah menjadi pilihan.

2. Tentukan tanaman yang dipilih memang dihinggapi oleh lebah kelulut.  Setengah bunga tidak dihinggapi oleh kelulut walaupun pokok tersebut mempunyai bunga yang banyak dan berbunga sepanjang tahun

3. Pilih pokok yang berbunga sepanjang tahun.  Jika kawasan ternakan ialah berhampiran dengan dusun, ianya tidak menjadi masalah pada musim pokok buah-buahan seperti rambutan, durian, jambu dan lain-lain berbunga.  Tanaman yang dipilih seharusnya berbunga diluar musim buah-buahan dusun ini berbunga.

4. Pilih tanaman yang kembang sepanjang hari kerana lebah kelulut bekerja sepanjang hari mengangkut nektar dan pollen bermula seawal 7.00 pagi sehingga 7.00 malam.  Kelulut pekerja akan berulang alik dari sumber makanan ke sarang sepanjang hari.  Jumlah ulangan akan bergantung kepada jarak pokok tersebut dengan koloni.  Ada setengah pokok seperti kembang pagi (Turnera sp) hanya kembang diwaktu padi dan sebaliknya pokok markisa kembang diwaktu petang sahaja
Image result for bunga kesukaan kelulut 







5. Sebaiknya pilih pokok yang hidup banyak musim dan tidak memerlukan penanaman dibuat berulang kali. Sesetengah pokok akan mati selepas 3-4 bulan dan terpaksa menunggu beberapa minggu sebelum yang ditanam baru berbunga semula.

6. Pilih pokok yang mudah untuk dijaga, tahan lasak dan mampu bertahan dalam keadaan cuaca yang ekstrem seperti keadaan kering (dimusim kemarau) dan air yang berlebihan dimusim hujan.

7. Pilih pokok yang struktur bunga yang berkelompok setempat.   Ini bagi memudahkan kelulut bergerak dari bunga ke bunga tanpa memerlukan jarak penerbangan yang jauh. 

8. Pilih pokok yang memerlukan masa yang singkat untuk berbunga daripada mula menanam. 

9. Pilih pokok yang memberi hasilan kepada penternak seperti buah yang terbentuk hasil dari pendebungaan yang telah dijalankan oleh kelulut.
KESUKAAN KELULUT - BUNGA AIR MATA PENGANTIN


 Petikan Sumber:
https://mforum.cari.com.my/


Pokok Bunga Air Mata Pengantin atau dikenali juga dengan nama Pokok Pengantin yang nama saintifiknya Antigonon leptopus, merupakan pokok menjalaryang berasal dari Mexico. Dikenali juga dengan nama Inggerisnya sebagai Mexican Creeper, Coral Vine, Chain of Love, Queen’s Jewels, Kadena de Amor, Bee Bush(nama dikebanyakan kepulauan Caribbean) atau San Miguelito Vine dan banyak laginama lain adalah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Polygonaceae.

Selain Mexico, taburan pokok air mata pengantin boleh didapati di SelatanAmerika Syarikat, Amerika Tengah dan Amerika Utara. Ia juga terdapat di Afrika,Kepulauan Pasifik termasuk American Samoa, Kepulauan Cook, Micronesia, Fiji, Polynesia Perancis, Kepulauan Galapagos, Guam , Hawaii, Papua New Guinea,Samoa, Tonga, Filipina, India, Australia dan England.

Dikategorikan sebagai tumbuhan saka berbunga merah jambu atau putih ('alba'Antigonon leptopus), pokok air mata pengantin telah diperkenalkan ke Indonesiaoleh orang Belanda di zaman kolonial dan seterusnya dikatakan yang menamakannya dengan nama Air Mata Pengantin.

Pokok bunga air mata pengantin menjalar dan memanjat/memegang melalui sulurpaut dan boleh mencapai melebihi 25 meter panjang. Tumbuhan ini dikategori sebagai tanaman berbatang berusuk yang panjangnya diantara 3 – 6 cm diantarasetiap satu rusuk, berbuku halus serta mengembung pada ruasnya. Terdapat sulurpaut atau pembelit di setiap batang yang berfungsi untuk melilitkan dirinya pada tumbuhan lain atau pada pagar dan trilis.

Bagi penternak kelulut atau lebah madu, pokok air mata pengantin merupakan padang ragut atau punca penghasilan madu yang berkhasiat kepada ternakan mereka. Tetapi bagi sesetengah pengusaha pertanian, pokok air mata pengantin dianggap sebagai rumpai yang perlu di hapuskan, manakala pencinta landskap, tumbuhan ini dianggap tanaman penghias taman terutama pada pergola atau gazebo yang sangat indah.
Namun tahukah anda bahawa disebalik kebaikan dan keburukan pokok air mata pengantin, tumbuhan ini tidak kurang juga berkhasiat dari segi perubatan.  Teh yang dihasilkan dari daun air mata pengantin mampu merawat kencing manis dan tekanan darah tinggi. di sesetengah negara, daun dan bunganya dicelup dalam tepung, goreng dan dihidangkan dengan pasta. Bunganya juga dicampurkan ke dalam telur dadar (omelette).

Bagi penduduk kaum orang asli Baja di California, biji dari pokok air mata pengantin dibakar yang terhasil seperti bertih (popcorn) yang kemudian dikisar menjadi tepung dan diolah untuk dijadikan lempeng (pancake) sebagai santapan sampingan.

Walau apa pun kegunaannya, pokok bunga air mata pengantin hari ini menjadi sebutan dan buruan ramai. Ianya tidak lagi mengalirkan air mata sedih seorang pengantin tetapi air mata gembira buat si penternak kelulut dan lebah madu.

KHASIAT MADU KELULUT

KHASIAT MADU KELULUT UNTUK MENGUBATI SAKIT KEPALA


Petikan Sumber:
https://drsakitkepala.com


Khasiat madu untuk sakit kepala selanjutnya adalah informasi yang merujuk kepada apa saja manfaat madu untuk mengatasi sakit kepala anda. Saat anda menghadapi sakit kepala melalui artikel ini diharapkan anda tahu bahwa anda bisa mengonsumsi madu sebagai langkah penanggulangannya. Apa kandungan dalam madu yang baik untuk mengobati sakit kepala? Lebih baik jika anda mengetahui dahulu informasi mengenai sakit kepala dan juga mengenai madu.




Penjelasan pertama mengenai sakit kepala, sakit kepala diketahui sebagai kondisi saat manusia mengalami rasa nyeri di bagian saraf leher dan kepala. Efek sakit kepala terus-menerus ini akan mengganggu ke sistem organ yang lainnya. Itulah mengapa sakit kepala harus segera ditangani dengan cepat dan tanggap. Anda dapat menggunakan banya cara mengobati sakit kepala, mulai dari obat sakit kepala tradisional ataupun obat medis. Anda dapat juga menggunakan madu, tahukah anda?

Madu diketahui merupakan konsumsi sehat yang mempunyai khasiat untuk meningkatkan kekebalan daya tahan tubuh anda. Konsumsi dari madu ini dapat menyebabkan manusia menadi lebih kuat dan tidak mudah terserang sakit kepala lagi. Secara lebih lengkap anda dapat mengetahui beberapa khasiat madu untuk sakit kepala tersebut berikut ini.

Image result for gambar sakit kepala
5 Khasiat Madu untuk Sakit Kepala yang Menyerang
Berbicara mengenai sakit kepala, maka anda tidak dapat mengabaikan bahwa penyebab sakit kepala pada setiap orang dapat berbeda-beda. Hal inilah yang menyebabkan cara mengatasi sakit kepala pada setiap orang dapat berbeda-beda. Anda dapat memanfaatkan madu untuk sakit kepala yang penyebabnya berkaitan dengan apa yang bisa diatasi oleh madu. Apa sajakah khasiat madu untuk sakit kepala tersebut?


1. Mengobati Sakit Kepala akibat Pengaruh Ketidakstabilan Hormon
Khasiat dalam kandungan madu yang anda konsumsi adalah mengobati efek sakit kepala akibat dari pengaruh ketidakstabilan hormone. Diketahui memang sakit kepala dapat terjadi karena memberikan keseimbangan hormon tubuh. Madu dapat mengatasinya dengan mencukupi kebutuhan nutrisi yang baik agar tubuh dapat menjaga kestabilan hormonnya dan tidak menimbulkan sakit kepala lagi.

2. Mengobati Sakit Kepala akibat Kurang Istirahat
Selanjutnya, kandungan dalam madu juga diketahui dapat memberikan efek ketenangan untuk anda dapat beristirahat dalam waktu yang cukup lama. Karena kandungan madu akan memberikan seseorang istirahat yang tenang, maka tubuh akan terasa lebih baik sekaligus juga sebagai cara mencegah sakit kepala. Alasannya madu mampu menetralisir aliran darah ke semua organ tubuh yang kemudian membuat istirahat anda lebih tenang.

3. Mengobati Sakit Kepala akibat Kekurangan Kalium dan Magnesium
Setelah itu, khasita madu untuk sakit kepala yang ketiga adalah memberikan asupan kalium dan magnesium dan dapat mencegah sakit kepala karena kekurangan kalium serta magnesium ini. Jika tubuh tercukupi kebutuhan kalium dan magnesiumnya, maka anda dapat juga memiliki tubuh yang sehat tanpa gangguan sakit kepala lagi. Jadi pastikan untuk terus mengonsumsi madu setiap waktu.

4. Mengobati Sakit Kepala akibat Inflamasi dalam Tubuh
Kemudian khasiat dari madu untuk sakit kepala selanjutnya adalah bermanfaat untuk memberikan pencegahan pada inflamasi. Akhirnya tidak ada inflamasi lagi dan berkurang juga sakit kepala yang sering anda derita. Itulah alasannya mengapa anda disarankan mengonsumsi madu ketika tubuh anda mulai terasa tidak fit dan ada gangguan di dalamnya.

5. Mengobati Sakit Kepala akibat Kekurangan Ion Tubuh
Terakhir, anda juga sangat disarankan untuk dapat mengobati sakit kepala yang disebabkan oleh kekurangan ion dengan madu, Kandungan madu baik untuk memberikan pengganti ion tubuh yang hilang akibat kelelahan sehari-harinya. Jadi pastikan untuk tetap menjaga tubuh anda sehat dan terhindar dari banyak jenis penyakit seperti sakit kepala.

Itulah tadi informasi mengenai apa saja khasiat madu untuk sakit kepala anda. Diketahui bahwa sakit kepala terus menerus dapat terjadi karena banyak pemicunya. Pemicu pemicu tersebut dapat membahayakan kesehatan tubuh anda dan ternyata dapat diatasi dengan mudah, jika anda sering mengonsumsi madu yang sangat berkhasiat tadi. Oleh sebab itu, selalu konsumsi madu dengan rutin sebagai obat yang baik untuk kesehatan anda.

SUMBER MAKANAN LEBAH KELULUT

SUMBER MAKANAN LEBAH KELULUT: Pokok Kegemaran Kelulut - Akasia atau Gelam Petikan Sumber: http://www.kelablebahkelulut.com Kita sedi...