MUSUH KELULUT -
Lalat Soldadu Hitam (Black Soldier Fly) - Perosak Sangat Berbahaya
Petikan Sumber:
http://www.kelablebahkelulut.com
Lalat soldadu hitam ialah sejenis lalat yang sangat biasa dari keluarga Stratiomyidae dimana larva hidup dengan menghuraikan kompos. Sehubungan dengan itu, larva banyak digunakan dalam pengurusan baja organik. Larva dan pupae yang terhasil dari penguraian baja organik ini digunakan sebagai makanan ikan hiasan atau makanan ternakan lain. Telor akan mengambil masa hanya 4 hari untuk menetas dan biasanya terdapat pada celah kayu atau berhampiran dengan bahan yang sedang mereput.
Kerosakkan
Kerosakkan biasa berlaku apabila larva yang menetas mengambil madu, roti
lebah dan keseluruhan broodcell dalam proses pembesarannya.
Keseluruhan koloni akan terhapus dalam beberapa hari sahaja selepas
dijangkiti oleh larva ini. Tiada kerosakkan akan berlaku pada struktur
propolis kerana kandungan lilin yang tinggi.
No comments:
Post a Comment