Tuesday, September 18, 2018

PERMULAAN PENTERNAKAN LEBAH KELULUT

PERMULAAN PENTERNAKAN LEBAH KELULUT

Penternakan Lebah kelulut telah diistiharkan sebagai salah satu sumber kekayaan baru dalam bidang pertanian di negara ini. Malah banyak usaha telah dijalankan untuk mempertingkat dan memperkasakan industri kelulut di negara kita.
Demi menjaga mutu dan kualiti madu kelulut kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Asas Tani menerusi MARDI dengan kerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah membangunkan standard madu kelulut yang pertama di dunia. Ia adalah untuk mengatasi masalah lambakan madu tiruan yang menjadi duri dalam daging industri madu lebah di Malaysia.
Image result for penternakan lebah kelulut

Dengan adanya Standard Madu Kelulut, ia akan memudahkan pihak berkuasa untuk membuat pendakwaan kepada pengeluar dan pengedar madu tiruan di pasaran. Malah banyak nama-nama besar sendiri dalam industri madu menjadikan madu tiruan sebagai komoditi jualan mereka sejak sekian lama.
Sebab itulah pengamal madu semakin berkurangan kerana terpedaya dengan madu tiruan. Penyakit seperti diabetes semakin teruk setelah mengamalkan madu sedangkan apa yang diamalkan itu adalah madu tiruan. Hasil kajian menunjukkan madu asli boleh membantu dalam rawatan penyakit terutamanya diabetes.

Jadi apa yang perlu anda sediakan sebelum menternak kelulut?

Populariti penternakan kelulut menyebabkan ramai yang mula menceburi bidang penternakan kelulut ini tanpa ilmu yang betul. Ini adalah antara faktor kegagalan utama mereka dalam penternakan lebah kelulut ini. Tanpa ilmu yang betul, koloni kelulut boleh mengalami kepupusan dan mati.

Apa yang kami ingin sampaikan menerusi 3PMP iaitu mendidik masyarakat agar menyayangi kelulut yang diternak oleh mereka. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan asas penternakan kelulut buat mereka yang baru bermula dengan ternakan kelulut. Ternak dengan betul, hasilnya sememangnya lumayan.
Berikut adalah perkara penting yang perlu anda kenalpasti sebelum memulakan penternakan kelulut di tempat anda.
  1. Spesis Kelulut
    Hasilan madu yang banyak bergantung kepada spesis dan kesesuaian spesis berkenaan di kawasan ternakan anda. Secara umumnya terdapat lebih daripada 35 spesis lebah kelulut yang telah dikenalpasti di Malaysia. Tidak semua spesis sesuai diternak bagi penghasilan madu.Terdapat 2 kategori kelulut mengikut keperluan sumber mereka iaitu resin/getah dan juga damar. Jangan tersalah beli sarang kelulut. Jenis damar hanya sesuai diternak di hutan atau berhampiran dengan hutan. Jika tidak, kelulut tidak mempunyai sumber damar untuk membuat sarang dan binaan di dalam sarang mereka. Bagi kelulut yang mengunakan resin/getah yang boleh anda ternak adalah H.itama, G.Thoracica, L.Terminata. Ini adalah spesis yang boleh anda komersilkan untuk mendapatkan hasilan kelulut seperti propolis, madu dan roti lebah.
  2. Sumber Binaan Sarang
    Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kelulut mempunyai keperluan sumber resin atau damar untuk membuat binaan sarang mereka. Tanpa sumber binaan ini, kelulut tidak dapat berkembang dan tidak dapat menghasilkan kantung madu untuk anda. Mereka mungkin hidup, lama kelamaan ia akan semakin lemah kerana tiada bahan binaan untuk membina kantung, madu dan juga untuk sel eraman (brood cell) anak-anak mereka.
  3. Sumber Nektar & Pollen
    Seterusnya apa yang perlu anda kenal pasti ialah sumber makanan untuk kelulut iaitu sumber nektar dan juga debunga yang dijadikan makanan mereka. Pastikan kawasan ternakan anda mempunyai sumber makanan sekitar 500m persegi daripada lokasi ternakan.Menanam bunga disekitar dapat membantu sedikit dan mempercepatkan kelulut mencari nektar dan juga p0llen untuk dijadikan madu dan juga beebread.
  4.  Tempat Yang Redup
    Lokasi penternakan anda juga perlulah redup. Jangan letakkan sarang kelulut anda ditengah panas terik matahari. Kita sendiri tak tahan jika berjemur di tengah panas, sama juga seperti kelulut. Sebaiknya lokasi ternakan anda dibawah pokok yang redup.
  5. Pemangsa
    Pastikan juga lokasi ternakan anda selamat daripada pemangsa seperti manusia, cicak, katak, semut,monyet dan sebagainya. Anda perlu sentiasa memantau keadaan sarang kelulut anda siang dan malam. Sesekali anda perlu membuat pemeriksaan pada waktu malam kerana ada pemangsa yang aktif pada waktu malam.Inovasi seperti pengunaan pancang besi dapat mengatasi masalah semut dan gangguan pada sarang kelulut anda.

No comments:

Post a Comment

SUMBER MAKANAN LEBAH KELULUT

SUMBER MAKANAN LEBAH KELULUT: Pokok Kegemaran Kelulut - Akasia atau Gelam Petikan Sumber: http://www.kelablebahkelulut.com Kita sedi...