Petikan Sumber:
https://www.malaysianreview.com/
ANDA pasti sudah sangat sering mendengar mengenai khasiat madu. Banyak sekali khasiat dari madu ini. Salah satunya adalah madu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Malah Rasulullah s.a.w. sendiri menganjurkan meminum madu agar hidup lebih sihat.
Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. bahawa madu boleh menyembuhkan berbagai penyakit, salah satunya adalah penyakit jantung.
Dr. FG Winarno, Kepala Pusat Pengembangan Teknologi Pangan Institut Pertanian Bogor, dalam bukunya Madu, Teknologi, Khasiat dan Analisanya, menyatakan gula dan mineral dalam madu berfungsi sebagai tonik bagi jantung. Otot-otot jantung bekerja tanpa henti, sehingga selalu memerlukan glukosa sebagai sumber tenaga untuk menggantikan tenaga yang hilang. Madu boleh menjadi pengambilan yang tepat, kerana nutrisi madu sebahagian besar terdiri daripada glukosa.
Menurut Ibnu Sina, madu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit, mulai dari yang ringan hingga yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung.
Dr Fang Chu, doktor di Lien Yu Kang Hospital, China, juga menyatakan bahawa lem lebah (propolis) mempunyai khasiat yang sama untuk merawat penyakit jantung, di samping juga berguna untuk penyakit kandungan lemak tinggi dalam darah.
Madu dan kayu manis diketahui dapat mengurangkan kolesterol dalam pembuluh arteri dan mengurangkan risiko terjadinya serangan jantung. Orang yang sudah terkena serangan jantung, dapat terhindar dari serangan jantung kedua apabila makan madu dan kayu manis setiap hari. Pengambilan madu dan kayu manis secara teratur juga dapat melancarkan pernafasan dan memperkuat detak jantung.
No comments:
Post a Comment