Petikan Sumber:
http://propolislebahkelulut.blogspot.com/p/pasaran-dunia.html
Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita. Salah satu ayat yang tercatat indah di dalam Al-Quran menunjukkan tentang khasiat madu adalah daripada terjemahan
Ar-Rahman Surah An-Nahl : 69
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”
Tokoh kedoktoran dunia juga ilmuwan muslim yang terkenal, Ibnu Sina juga telah mengulas tentang khasiat madu dari
segi kesihatan. Awet muda dan umur panjang adalah di antara hasil dari
pengambilan madu yang beliau amalkan. Menurut beliu khasiat madu boleh
menyembuhkan perbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan jantung.
Secara umum khasiat madu dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.
Mengandungi perbagai nutrisi di antaranya Vitamin A, B1, B2, B3, C, D, E
dan K. Juga mengandungi garam galian, Beta karoten, dan Glukosa.
Khasiat Madu Untuk Kesihatan ..
Daripada
pengalaman saya sendiri dan juga anak-anak buah, dengan pengamalan
meminum madu 1 atau 2 sudu besar setiap pagi ternyata memberi kesan yang
sangat baik pada kesihatan. Di Antaranya adalah...
- Mengatasi Masalah Lesu – Saya mengalami masalah tekanan darah rendah. Dengan pengambilan madu dapat membekalkan kerperluan zat besi kepada badan. Seperti yang kita tahu di dalam badan manusia zat besi memainkan peranan yang sangat penting
- Mengatasi Insomia – Di Antara khasiat madu yang diperolehi adalah dapat membantu mengawal tekanan serta menjadikan badan lebih tenang dan rileks. Ini sangat membantu masalah saya yang kadang kala sukar untuk tidur
- Mengubati Masalah Ulser Mulut Dan Gusi Bengkak – Sapukan madu pada gusi yang bengkak serta ulser di dalam mulut. Biarkan untuk seketika. InsyaAllah bengkak akan surut dan ulser akan hilang. Khasiat madu juga dapat membantu mengurangi bau mulut
Bagi kanak-kanak pula khasiat madu ialah :
- Meningkatkan Nafsu Makan – Di Antara vitamin yang terkandung di dalam madu adalah Vitamin B. Vitamin ini dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih bertenaga disamping melindungi mereka dari perbagai penyakit. Dalam masa yang sama membantu tumbesaran kanak-kanak dan menambahkan kecerdasan minda kanak-kanak. Saya Nampak perubahan yang ketara pada anak buah saya
- Membersihkan Sisa Kotoran Usus Besar – Anak buah saya mengalami masalah usus besar yang pra-matang. Ini membawa kepada masalah sembelit yang amat teruk. Dengan khasiat madu yang berperanan membersihkan perut dan usus, Allhamdulillah masalah tersebut terus hilang. Zat Besi membantu proses percernaan makanan. Dengan ini masalah sembelit dapat dipulihkan
No comments:
Post a Comment