Petikan Sumber:
https://profhariz.com/khasiat-dan-kebaikan-madu-kelulut/
1. Membekalkan Tenaga
Madu
kelulut terbukti membekalkan tenaga kepada anda sama ada lelaki mahupun
wanita. Ia terbukti dapat meningkatkan tenaga dalaman dan luaran di
mana anda tidak akan letih, penat dan lemah lagi dalam membuat aktiviti
seharian, meningkatkan tenaga batin dan seksual, meningkatkan kesuburan
hormon dan kualiti sperma lelaki dan juga menjadikan anda lebih sihat
dan kuat.
2. Melindungi Dan Merawat Kanser
Asid
yang terkandung di dalam madu asli kelulut ini berfungsi merawat kanser
terutamanya kanser perut, payudara dan lain-lain lagi. Ia mempunyai
kandungan asid fenilpropionik dan asid P-coumaric yang sangat kaya
dengan anti oksidan dan bersifat anti radang yang boleh menghilangkan
pembentukan kanser. Sel-sel kanser yang membiak dan telah lama ada juga
dapat dikurangkan dan dirawat dengan baik. Mudah dan hebatkan?
3. Mencantikkan Kulit Wajah Dan Badan
Madu
kelulut yang kaya dengan vitamin, mineral dan zat semulajadi menjadikan
madu ini bersifat anti penuaan, anti radang, anti kanser dan juga
sangat kaya dengan anti oksidan. Sifat madu kelulut ini menjadikan tubuh
badan anda makin sihat dan kulit wajah makin cantik. Ia akan
melambatkan proses penuaan dan kedutan dimana ia menyalurkan segala zat
ke dalam kulit anda justeru membolehkan kulit menjadi lebih anjal,
halus, cerah dan cantik.
4. Merawat Sel Dan Luka Rosak
Madu
kelulut dapat merawat sel-sel kulit yang rosak justeru ia akan
menghasilkan sel-sel baru. Luka rosak dalaman dan luaran akan mudah di
rawat kerana sel-sel baru akan membentuk dengan sempurna. Pentingnya
mengambil madu kelulut dalam kehidupan anda kerana ia juga akan merawat
luka-luka seperti jerawat, parut, luka akibat bersalin, luka akibat
kencing manis dan sebagainya.
5. Mengawal Gula Darah Dan Menurunkan Kadar Glukosa
Terlebih
gula di dalam darah mengakibatkan berlakunya penyakit kronik seperti
kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, saluran buluh darah
tersumbat dan sebagainya. Pengambilan madu kelulut dapat mengawal gula
darah dan menurunkan kadar glukosa di dalam badan justeru ia akan
merawat masalah organ dalaman seperti ginjal dan sebagainya.
6. Menstabilkan Mental Dan Emosi
Sekiranya
anda mempunyai masalah atau jenis yang sangat sibuk, pengambilan madu
kelulut dapat menstabilkan emosi anda di mana anda akan lebih tenang dan
tidak tertekan seperti selalu. Emosi anda akan lebih stabil kerana
khasiat madu kelulut bukan sahaja dari fizikal, tetapi juga aalaman
emosi dan mental.
7. Meningkatkan Kesuburan Dan Mengimbangkan Hormon
Madu
kelulut boleh mengimbangi hormon badan seseorang seperti wanita yang
mengalami haid dan sebagainya. Selain itu, ia juga bertindak
meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita dari segi hormon estrogen dan
testosteron. Hebatnya, madu juga merupakan salah satu makanan sunnah
yang ramai orang amalkan bagi ikhtiar hamil.
No comments:
Post a Comment